DO NOT MISS

Friday 16 January 2015

Tinggal di rumah usang menanti roboh


UJONG PASIR - Seorang bekas kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang terlantar akibat sakit tua kini terpaksa tinggal di rumah dalam keadaan usang dan hampir roboh di Kampung Ujong Pasir, di sini.

Mahmud Tamby Ahmad, 85, dijaga anak lelakinya seorang kurang upaya (OKU), Rosman Mahmud, 26, sementara anak perempuannya berusia 45 tahun terpaksa keluar bekerja sebagai pembantu kedai di bandaraya Melaka.

Menurut Rosman,  mereka tinggal bertiga selepas ibunya meninggal dunia kira-kira 16 tahun lalu, sementara lapan adik-beradiknya yang lain tidak tinggal bersama kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.


Dia yang mengalami masalah lembam mendakwa menerima bantuan RM190 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“JKM kata, ayah tidak layak dapat bantuan kerana dapat pencen RM820 sebulan. Beberapa kali permohonan kami untuk mendapatkan bantuan membaiki rumah menerusi 


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga ditolak.

“Setiap kali hujan, rumah kami dimasuki air hujan disebabkan banyak atap yang bocor,” katanya.


Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di rumah berkenaan mendapati hampir keseluruhan lantai di rumah itu sudah reput dan amat berbahaya, manakala sebahagian struktur dindingnya hanya menunggu masa untuk roboh.


Mahmud juga kelihatan tidak terurus apabila hanya tidur berlapikkan tilam nipis serta sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan.


Jiran mereka, Borhan Sheikh Ahmad, 65, berkata, dia berasa simpati dengan keadaan warga emas terbabit selepas mendapati rumah tempat tinggal mereka mula dinaiki tumbuhan liar.


“Apabila saya lalu di sini, kita dapati tumbuhan liar tumbuh menjalar sehingga ke bumbung rumah, lalu saya upah beberapa orang untuk bersihkan.

"Apabila saya naik ke rumah,  saya tak tahan sebak melihat keadaan Mahmud yang terlantar dalam keadaan tidak terurus serta rumahnya yang semakin usang.

“Saya difahamkan pihak JKKK pernah mengusahakan untuk mendapatkan rumah menerusi projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) tetapi atas faktor pemiliknya tidak menyimpan geran, ia tertangguh sehingga kini.


"Difahamkan, tanah dan rumah yang mereka duduk adalah tanah pusaka dan sehingga kini tidak diketahui siapakah di antara kalangan saudaranya yang menyimpan geran tanah,” katanya.

Kredit

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia