DO NOT MISS

Wednesday 24 September 2014

Cinta baharu Pattinson


DESAS - DESUS mengenai hubungan pasangan selebriti muda, Robert Pattinson dan FKA Twigs mula bertebaran sejak akhir-akhir ini.

Mana tidaknya, tingkah laku mereka sebelum ini turut dirakam ketika berpegangan tangan dan bergandingan dengan penuh mesra.

Malah, baru-baru ini, mereka sekali lagi seakan memberi 'hint' kepada masyarakat bahawa ada bibit-bibit asmara yang terjalin apabila tampil mesra di depan umum.

Keluar bersama menikmati pemandangan indah pada malam Isnin lalu di sekitar kota Hollywood, mereka mempamerkan kemesraan di dalam kenderaan yang dipandu Pattinson.

Jelas kelihatan, mereka menikmati keindahan suasana kota dalam santai dan romantis sambil berbual mesra di sepanjang perjalanan.

Dalam pada itu, Twigs yang juga nama sebenarnya, Tahliah Debrett Barnett, 26, turut meletakkan kepalanya di bahu Pattinson.

Ini jelas membuktikan mereka benar-benar dilamun cinta dan sedang berbahagia walaupun belum pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu

Khabar kehamilan Twigs

Bibit perkenalan pasangan ini tidak pernah dikongsi bersama umum, namun kedua-duanya mendiami kawasan perumahan yang sama.

Seperti pasangan yang sedang hangat bercinta, Twigs dan Pattinson juga tidak terlepas daripada kontroversi yang sukar untuk ditepis.

Malah, mereka juga terpaksa berdepan dengan dakwaan mengenai kehamilan Twigs. Khabar angin ini mula beredar menerusi tulisan Twigs pada minggu lalu.

Menerusi Twitternya, Twigs memberitahu sesuatu mengenai kehamilan berbunyi, 'Saya sedang mengandung, tapi saya takkan melahirkan hingga kamu datang dalam diriku.'

Pun begitu, ramai yang tertanya-tanya mengenai kenyataan bintang Two Weeks ini dan ada yang mengandaikan ia hanyalah luahan ataupun lirik lagu baharunya.

Bagaimanapun, Twigs bukan wanita pertama yang dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Pattinson selepas bintang ini berpisah dengan Kristen Stewart. Sebelum ini, Pattinson turut mendekati Riley Keough dan  beberapa wanita cantik lain.

Stewart masih tagih cinta?

Sebelum Pattinson dikaitkan rapat dengan Twigs, ramai yang menganggap Kristen Stewart, masih ada harapan untuk memenangi hati bekas kekasihnya itu.

Malah, Stewart juga dilihat sedaya upaya memberikan yang terbaik agar dirinya kembali dalam pelukan Pattinson.

Pun begitu, setelah berita cinta Pattinson dan Twigs mula diketahui umum, bagaimana pula ekspresi bintang Twilight ini?

Menurut laporan antarabangsa, Stewart yang kelihatan bergegas menaiki pesawat ke Jepun, kelihatan sugul dan seboleh-bolehnya mahu menjauhi media. Wajahnya dingin tanpa senyuman, malah tiada langsung sapaan.

Saat diterjah dengan pelbagai pertanyaan, Stewart hanya mendiamkan diri dan terus berlalu dengan mengunci mulut. Stewart juga mengabaikan setiap panggilan dan pertanyaan dengan memakai kaca mata hitam serta earphone.

Menurut sumber terdekat, Stewart tidak tenang selepas mengetahui perkara itu kerana dirinya masih belum berjaya melupakan kenangan bersama bekas kekasihnya itu.

Kata sumber, dia yang kini sedang sibuk menjayakan filem, Equals  sukar melupakan Pattinson dan menyesali atas perbuatannya sebelum ini.

Terdahulu, Stewart dan Pattinson mula menjalinkan hubungan setelah sama-sama membintangi filem, Twilight. Namun, Pattinson nekad meninggalkan Stewart setelah wanita itu mencurangi dirinya dengan sutradara terkenal, Supert Sanders.

Pattinson lupa 'kenangan lalu'

Bebas untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita, Pattinson sebelum ini mengakui bahawa Stewart hanyalah 'kenangan lalu' baginya.

Memberitahu hubungan mereka sudah lama berakhir, Pattinson sukar untuk menerima Stewart kembali walaupun pernah mencuba.

Malah, Pattinson berkata, dia mula muak dengan apa yang berlaku dan rimas dengan pertanyaan ramai mengenai statusnya bersama bekas kekasih.

"Ini memang perkara yang paling berat untuk dibicarakan kerana jika diluahkan, hal ini boleh mempengaruhi peribadi orang lain tanpa kita duga," katanya dalam satu wawancara.

Pun begitu, Pattinson memberitahu bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam apatah lagi mengharapkan yang buruk buat bekas kekasihnya.

"Saya sudah lama melupakan hal itu dan saya telah memaafkannya. Namun, untuk kembali bersama, ia adalah sesuatu perkara yang rumit dan tidak mungkin berlaku.

"Saya menghormatinya sebagai kawan dan tidak menolak untuk berkawan baik dengannya," kata Pattinson sebelum ini.

AKMALIAH RAZAK

Tuesday 23 September 2014

Kain Sequin




PRODUK : KAIN SEQUIN
HARGA : RM8.50 / SEMETER

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG.

BLOGSPOT : http://astinaz.blogspot.com/
WEBSITE : http://www.astinazbizonline.com.my/
INSTAGRAM : https://instagram.com/astinazandamanz/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/astinaz.andamanz
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pelaminandaman

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI KE TALIAN:

013-252-8558 / 013-532-2558 / 013-288-2558 / 013-398-2558















Shila Amzah akan buat sidang media


KONFLIK yang melanda antara penyanyi  tempatan, Shila Amzah dengan tidak akan berakhir begitu sahaja.
Saat pihak media bertubi-tubi ‘menyerbu’ menuntut penjelasan terhadap kenyataan Shila yang dikatakan membidas media berbahasa Melayu kerana tidak membuat liputan ke atas konsertnya yang berlangsung di Jalan Klang Lama baru-baru ini, pihak
Shila pula memilih langkah kiri dengan mengelak dari sebarang soalan yang diajukan berkaitan dengan isu tersebut.

Memetik daripada sebuah laporan portal tempatan, bapa penyanyi kontroversi itu memaklumkan yang pihak mereka tidak bersedia untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.
Menurut, bapanya, ND Lala sekarang adalah masa yang kurang sesuai kerana pihaknya sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di Beijing, China.
“Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti,” katanya.
Rasanya memang sudah sampai masa untuk Shila mengeluarkan kenyataan sendiri berhubung isu tiada jemputan media berbahasa Melayu ke konsert penyanyi itu baru-baru ini kerana selama ini pun kenyataan yang keluar semuanya datang dari kelab peminat.
Riuh seketika dunia hiburan tempatan apabila Shila berkongsi sebuah status  dimuat naik oleh pemilik laman Instagram @shilaamzah_photography yang mana dikendalikan oleh kelba peminatnya dan kemudiannya dimuat naik semula ke laman Instagram milik Shila sendiri.
Pemilik laman @shilaamzah_photography sekali lagi menimbulkan pergolakan antara media dan Shila apabila dia memuat naik gambar terbaru yang menunjukkan bukti dan senarai antara media yang hadir membuat liputan pada malam konsert terbabit.
“Ramai (media) yang kata tiada undangan dari pihak Shila. Jadi di sini, kami berjaya dapatkan tandatangan media yang hadir pada malam itu. Jadi, anda nilailah sendiri,” katanya seperti yang dipetik melalui laman Instagram tersebut.
Paparan tersebut kemudiannya turut dikongsikan melalui dua akaun Twitter @Shilaamzah dan @realSHILALAS yang masing-masingnya diikuti oleh 868,000 dan 17,000 pengikut laman Twitter.

Rezeki Diana Amir




MULA melangkah dalam industri seni sebagai pelakon, namun keputusan untuk berhijrah tiga tahun lalu, mengubah cabang kerjaya seninya. Malah, penghijrahan dan imej Muslimah pemilik nama sebenar, Nurdiyana Amir Hashim, ini membawa kepada peluang baharu dalam bidang pengacaraan.

Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti termasuk pengacaraan, motivasi dan menulis, namun Diana Amir tetap merindui dunia lakonan. Malah, pelakon filem Salam Cinta, ini pernah memberitahu bahawa sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian dengan watak dan masa, dia akan menerimanya.

Setelah sekian lama menunggu untuk kembali aktif di lokasi penggambaran, akhirnya tahun ini penantian itu membuahkan hasil.

Diberi peranan menggalas watak utama menerusi drama bersiri untuk slot Zehra, Cinta Ilahi, isteri kepada Mohd Habibbullah A Rahman, ini menyifatkan ianya sebagai rezeki anak.

"Alhamdulillah, kini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri ini sehingga hujung September. Sebelum ini, ada juga berlakon, cuma bukan selalu.

"Bidang pengacaraan banyak membantu saya untuk selesakan diri di hadapan kamera. Saya menganggap drama ini sebagai rezeki anak setelah lama tidak diberi peranan utama," katanya yang sedang hamil empat bulan.

Tambah Diana, dalam drama berkenaan, dia memegang watak sebagai Maryam dan bergandingan bersama pelakon, Johan As'ari.

Dalam drama ini, Diana memberitahu, Maryam seorang yang sangat lemah lembut, pandai mengaji, mengajar di surau, tinggi ilmu agama dan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Teruja anak kembar

Walaupun sedang berbadan dua, Diana bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk ketika menjayakan drama tersebut. "Alhamdulillah, alahan tak teruk sangat. Masa penggambaran, saya aktif dan bila dah habis 'shoot' baharu rasa penat sangat badan.

"Suami tiada masalah untuk saya kembali berlakon, namun kerisauan itu tetap ada. Namun, saya bersyukur kerana dia faham saya tak pandai duduk diam.

"Insya-Allah, bila kandungan mencecah usia lima bulan nanti, saya akan berehat. Lagipun, buat masa sekarang, tugas saya hanya di set drama sahaja," katanya pengacara program bual bicara SIS dan dokumentari, Titian Ombak ini.

Tambah Diana, dia dan suami tidak kisah mengenai jantina anak asalkan sihat dan cukup sifat. Namun, tetap ada keterujaan untuk memiliki bayi kembar.

"Kami tidak kisah sangat lelaki atau perempuan. Tapi, memandangkan suami ada kembar, jadi keluarga kami agak teruja jika saya melahirkan anak kembar," katanya lagi.

Berbicara mengenai aktiviti perniagaan, Diana kini sedang sibuk mempromosikan jubah-jubah yang direka sendiri untuk kolaborasi bersama Leanen.

"Koleksi itu kini dijual di Women of Jannah di pusat membeli belah, The Curve. Selain itu, kami turut menjual secara online.

"Untuk perniagaan hijab, Diana Amir Exlusive (DA'e), pula, sambutan sangat menggalakkan, tetapi jumlah yang saya keluarkan 'limited'.

"Buat masa sekarang, saya sedang 'renew' stok. Malah, bukan sahaja di seluruh Malaysia, kerja-kerja mengepos turut dilakukan di Singapura dan Brunei. malah ada juga 'client' dari United Kingdom," katanya lagi.

Kredit

Azwan Ali: Tolong hormat saya



NAMA pengacara sensasi, Azwan Ali, tiba-tiba menjadi sebutan sebaik sahaja abangnya, Mohamed Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Dikatakan bakal menumpang tuah abangnya itu, Azwan bukan sahaja meraih lebih populariti bahkan turut mencetuskan 'viral' di laman-laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Enggan mengulas mengenai kejayaan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor, Azwan bagaimanapun memohon agar semua pihak menghormati dirinya.

"Tolong hormat Azwan Ali!," tegasnya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Tambahnya lagi, situasi itu secara tidak langsung membenarkan perumpamaan 'menangguk di air yang keruh' sedangkan sebelum ini dia tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa untuk berjaya.

"Semua pihak yang kecoh di alam siber, sebesar hama pun saya tidak hairan.

"Azwan Ali gah selama 27 tahun bukan kerana pertolongan mana-mana menteri besar," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Azmin, pengacara yang popular dengan tagline 'Ada Aku Kesah???' ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas lanjut.

"Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Setiap pendirian saya itu, sudah tentulah ada sebab musababnya.

"Tolong hormat pendirian saya," katanya lagi.


Kredit
NORHIDAYYU ZAINAL

Marsha bosan dilabel 'gedik'!



DUA tahun lalu, penyanyi jelita, Marsha Milan Londoh pernah meluahkan perasaan kecewanya terhadap bidang nyanyian.

Masakan tidak, ketika itu, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini merasakan bidang nyanyian kurang menyerlahkan bakatnya berbanding karier lakonannya.

Malah, kata anak kelahiran Tamparuli, Sabah ini, sejak keluar daripada AF3, banyak tawaran berlakon yang diterimanya berbanding karier nyanyian.

Enggan berputus asa, Marsha kini bertindak memperlahankan aktiviti lakonan kerana ingin memberi tumpuan pada bidang nyanyian yang paling diminatinya sementelah lagi pelantun Untuk Terakhir Kali itu berhasrat untuk mengadakan persembahan.

"Bidang lakonan memakan masa yang agak lama terutamanya bagi drama bersiri.

"Lagipun, saya merancang untuk mengadakan persembahan jadi untuk menjayakannya saya perlu bekerja keras dan lebih fokus.

"Biarpun ia kelihatan mudah dan senang, namun ia masih perlukan banyak latihan dan perancangan rapi supaya semuanya berjalan lancar," katanya kepada Zass ketika dihubungi menerusi aplikasi Whatsapps.

Pada masa sama, Marsha kini sibuk mempromosikan single terbaharunya, Satu Rasa duetnya dengan Zarul Umbrella.

"Sambutan terhadap lagu ini sangat memberangsangkan. Setakat ini, lagu ini masih lagi dimainkan di radio-radio.

"Saya memang ada terfikir untuk menghasilkan album baharu, tetapi buat masa ini, biarlah saya berfokus kepada single demi single yang akan dihasilkan terlebih dahulu," katanya.


Semakin memilih

Sementara itu, berbalik kepada soal karier lakonannya, teraju utama filem Laga ini mengakui agak memilih watak kerana sudah bosan dilabel sebagai seksi, gedik dan penggoda.

Bahkan, pelakon Benci Vs Cinta ini turut mengimpi membawakan watak lebih serius.

"Saya tidak mahu menjayakan watak yang sama lagi.

"Saya mahukan cabaran dalam karier lakonan saya, jadi saya boleh meningkatkan lagi mutu lakonan saya.

"Saya teringin hendak membawakan watak yang diangkat daripada kisah benar kerana tahu ia agak mencabar disebabkan perlu mengikut karakter individu tersebut," katanya.

Akuinya lagi, dia turut menerima beberapa tawaran lakonan tetapi semuanya masih lagi dalam peringkat perbincangan.

Kata pengacara Propaganza ini lagi, dia juga sedang menunggu beberapa filem lakonannya seperti Juwanita, 7UJUH dan Pak Pong ditayangkan di pawagam.

Dalam perkembangan lain, Marsha kini sedang berada di Thailand kerana melakukan penggambaran Disney bagi mengisi kalendar 2015.

"Ada 12 artis terpilih dari seluruh Asia untuk menjayakan projek ini dan setiap artis ini pernah bekerjasama dengan Disney, sebelum ini.

"Setiap artis akan membawa karakter yang berbeza dari Disney," katanya yang akan menjadi Elsa daripada filem animasi Frozen.


NORHIDAYYU ZAINAL

Monday 22 September 2014

Nurul Syuhada Nurul Ain Telah Selamat Lahirkan Anak Kembar



Lama tidak muncul di kaca televisyen kerana hamil, hari ini adanya berita baik yang disampaikan sendiri oleh pengacara TV3 ini iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain melalui program Malaysia Hari Ini (MHI) pagi tadi — beliau sudah selamat bersalin.

Nurul Syuhada Nurul Ain melalui panggilan telefon dari studio memaklumkan yang beliau sudah selamat melahirkan anak kembar semalam. Pengacara sambilan ini dan suaminya, Raja Amir Shah Raja Azwa dikurniakan seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki.

Untuk pengetahuan anda semua, proses kelahiran dibuat secara normal untuk seorang bayi dan manakala seorang lagi melalui proses pembedahan.

“Wajah anak saya ni sukar untuk dipastikan mengikut wajah siapa. Bukan apa, dia masih bayi dan kadangkala susah nak memastikannya,“ begitulah lebih kurang kata Nurul ketika bercakap kepada MHI melalui telefon, lapor My Artis hari ini. Tahniah! 

 Oleh RotiKaya Staff

Wednesday 17 September 2014

Keputusan bantahan awal Awie hari ini

 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menetapkan hari ini untuk keputusan bantahan awal penyanyi rock terkenal, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, berhubung permohonan isterinya untuk mengetepikan perintah hak jagaan anak secara sebelah pihak yang diperoleh penyanyi itu, dua bulan lalu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain menetapkan demikian sejurus selesai mendengar hujahan peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie dan Peguam Syarie Majdah Muda yang mewakili isterinya, Rozana Misbun, semalam.

Mohd Zaidi berkata, responden (Rozana) gagal memfailkan permohonan dalam tempoh 14 hari dari perintah itu dikeluarkan pada 21 Julai lalu.

Beliau berkata, tindakan responden melengahkan pemfailan permohonan itu, meskipun telah melantik peguam seperti dalam komen-komen di laman sosial Facebooknya itu seperti disengajakan.

“Permohonan itu remeh dan mahkamah wajar menolaknya,” katanya.

Sementara itu, Majdah membalas hujahan berkenaan dengan beberapa alasan lain termasuk menyatakan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar semula permohonan Awie.

Menurutnya pasangan itu tidak tinggal di Kuala Lumpur sebaliknya mereka bermastautin di daerah Ampang dalam negeri Selangor.

“Pihak kami juga tidak lewat dalam memfailkan permohonan ini kerana kami memfailkannya pada 26 Julai lalu, iaitu masih dalam tempoh 14 hari,” katanya.

Beliau turut memohon agar mahkamah menolak bantahan awal Awie dan mengenakan kos sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya.

Pada 22 Julai lalu, Awie berjaya mendapatkan hak jagaan sementara tiga anak hasil perkahwinannya dengan Rozana.

WARTAWAN SINAR HARIAN

Tuesday 16 September 2014

Lisdawati impi jadi 'budak nakal'







SETIAP pelakon pasti saja mengimpikan watak yang diingininya. Begitu jugalah dialami aktres Lisdawati atau mesra disapa sebagai Lisda.

Isteri kepada aktor Fauzi Nawawi ini mengakui, dia sangat mengimpikan untuk memegang watak seorang wanita nakal, namun sehingga kini, hasrat itu belum kesampaian.

"Menjadi wanita atau budak nakal sememangnya karakter impian yang saya inginkan sejak bergelar pelakon lebih sedekad lalu. Tetapi sehingga kini saya masih tidak berpeluang memainkan peranan tersebut.

"Mungkin kerana pengarah atau produser tidak percaya saya mampu menjayakannya," katanya kepada Zass.

Begitu pun, Lisda menganggap perkara itu adalah asam garam yang harus ditempuhi dalam industri hiburan negara.

"Sebagai pelakon apatah lagi umur yang semakin meningkat, pastinya watak yang ditawarkan agak terhad.

"Biarlah watak yang ditawarkan bersesuaian dengan status saya sebagi isteri dan ibu.

"Saya percaya watak seperti itu boleh menjadi watak utama dalam sesebuah drama. Tapi ramai takut hendak memberi watak itu kepada saya. Mungkin jarak umur hanya berbeza beberapa tahun menyebabkan saya tidak layak watak seperti itu.

"Saya sudah bersedia lantaran umur pula sudah 35 tahun dan kini sudah punya tujuh anak (termasuk anak tiri)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Lisda kini sudah bersedia untuk berlakon semula setelah berehat sementara kerana melahirkan anak ketiganya, Ahmad Nur Fyrdaus, sejak tiga bulan lalu.

"Saya sudah bersedia untuk berlakon semula dan kini sedang menunggu tawaran berlakon yang sesuai.

Bakal jadi duta?

Lisda memberitahu, sejak kelahiran Ahmad Nur Fyrdaus, rezekinya semakin murah sementelahan dia kini giat mempromosikan  produk terbaharu keluaran HR Heritage Spa Sdn Bhd iaitu IbuSuri.

"Saya mencuba tiga produknya iaitu GoChoc dan GoMilk yang berasaskan minuman susu kambing dan Set Berpantang IbuSuri.

"Setelah mengamalkannya sejak sarat hamil lalu, saya sangat berpuas hati dengan kesannya dan saya kini menjadi testimoni bagi produk mereka," katanya.

Tambahnya, IbuSuri berhasrat menjadikannya duta produk berkenaan.

NORHIDAYYU ZAINAL

Monday 15 September 2014

Sekali lafaz, Alif Satar kini suami Sha Dila




PENYANYI dan pengacara, Alif Satar sah bergelar suami kepada Sha Dila dengan sekali lafaz kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Sha Dila telah diwalikan oleh bapanya, Halid Bin Mohamad.

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung serba sederhana di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, Sha Dila telah menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan dihadiahkan wang hantaran sebanyak RM19,000.  

Majlis yang diadakan secara tertutup ini telah dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan kedua belah pihak.


 



Sunday 14 September 2014

Ridzuan ‘imam’ Azura

Doanya di Tanah Suci Makkah semoga dipertemukan jodoh yang mampu membimbingnya, dimakbulkan Ilahi apabila beRgelar isteri pada 1 Ogos 2014.

Walaupun berbeza usia 21 tahun, ia bukan halangan untuk personaliti TV9, Norazura Abu Samah, 31, menyambut kasih dihulurkan rakan setugas, Mohd Ridzuan Rafflis, 52, yang juga Penerbit Eksekutif di Jabatan Berita TV9.
Pasangan itu diijabkabul pada 1 Ogos lalu di N’dah Mahligai, Shah Alam dihadiri keluarga terdekat dan diraikan pada 22 Ogos lalu bersama kira-kira 500 jemputan terdiri daripada saudara mara dan sahabat karib di tempat sama.

Azura yang mula dikenali selepas menyertai Pesona Nona anjuran TV3 kemudian menjadi pembaca berita TV9, bersyukur kerana Allah SWT perkenankan doanya ketika menunaikan umrah pada 2012.


Katanya, ketika itu dia patah hati dan berdoa dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjadi imamnya.


“Saya juga tidak mahu bercinta lama-lama, kalau jumpa mahu terus kahwin. Bagi saya, bercinta selepas disatukan lebih manis.

“Pulang dari Makkah, saya cuba perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah. Ridzuan mendorong saya dan banyak mengajar saya ilmu agama,” katanya.

Azura akui sudah lama mengenali satu sama lain kerana sama-sama bertugas di Media Prima tetapi rapat sejak setahun lalu, tanpa sedar perasaan sayang tiba-tiba hadir.

“Saya percaya Allah pinjam-kan perasaan itu kepada kami dan apabila dia suarakan perasaannya, saya bawa dia bertemu ibu bapa saya.

“Pada mulanya orang tua terkejut kami apabila dimaklumkan beza usia kami 21 tahun tetapi selepas bertemu sendiri dengan Ridzuan, mereka dapat terima.

“Ibu dan ayah saya nampak kesungguhan Ridzuan apabila dia turut bawa cincin dan kami terus bertunang pada hari itu.

“Hubungan kami hanya diketahui saudara mara serta rakan-rakan apabila kad kahwin diedarkan Ramadan lalu. Ini perkahwinan pertama saya manakala kedua buat Ridzuan,” katanya.

Berbicara lanjut jurang usianya dengan suami, Azura berkata, ia sekadar angka dan tidak menjadi masalah. Apa yang penting baginya, kehidupan di akhirat kelak kerana Ridzuan ada kualiti lelaki yang mendahulukan agama dalam apa juga konteks kehidupan.

“Ada apa dengan usia kerana di akhirat nanti umur kami sama. Saya mahukan kualiti dan dia ada itu. Lagipun saya tahu Allah SWT datangkan dia bersebab.

“Mungkin dia insan paling tepat mendorong saya mendekatkan diri dengan jalan diredai Allah,” katanya yang akan menunaikan umrah sebelum berbulan madu di Australia tahun depan.

Azura memilih bernikah pada bulan Syawal kerana mahu sama seperti kakak dan ibunya yang turut bergelar isteri pada bulan mulia. Lebih bermakna apabila majlis resepsinya diadakan pada hari ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke 34 tahun.

Graduan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan hari pentingnya terutama sahabat karib, Fitri Musa yang bersungguh-sungguh merealisasikan tema idamannya.

“Perkahwinan dalam taman yang disuntik elemen kisah dongeng tema pilihan saya. Fitri bertanggungjawab sebagai perancang perkahwinan saya dan dia berjaya menzahirkan majlis impian saya.

“Hasilnya sama seperti apa yang saya bayangkan. Saya juga berpuas hati dengan persalinan rekaan Ameer Mishael dan baju akad nikah yang disediakan N’Dah Catering & Wedding Planner.

“Begitu juga pihak lain yang terbabit, kerja keras mereka sa-ngat saya hargai,” katanya yang menerima mas kahwin RM21,000 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Oleh Shakilawati Abd Rahman

Thursday 11 September 2014

Ayu Raudhah serik dipukul


KECOH seketika dunia hiburan tempatan apabila suami kepada pelakon cantik Ayu Raudhah, mula menghalang aktres itu berlakon.

Ia berikutan babak antara Ayu Raudhah dan Iqram Dinzly dalam filem terbaru mereka Lagenda Budak Setan 3: Kasyah yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Mengulas mengenai perkara itu, Ayu memberitahu, dia agak terkejut dengan respons peminat berkenaan perkara itu.

"Sebenarnya tiada apa-apa pun, Zaquan  sendiri tidak menujukan kata-kata tersebut kepada sesiapa pun.

"Cuma apabila melihat saya diperlakukan sedemikian di dalam lakonan, dia tidak dapat menerimanya, itu sahaja," jelasnya.

Bagaimanapun, Ayu mengakui suaminya ada meminta agar dia lebih berhati-hati menerima sebarang tawaran lakonan selepas ini.

"Kalau adegan biasa dia tidak kisah, tetapi kalau sehingga menyebabkan lebam dan luka, dia kata tidak perlu menerimanya.

"Katanya, untuk kebaikan saya sendiri juga. Lagipun kalau saya tidak selesa dengan lakonan tersebut dan menimbulkan perbalahan dengan suami juga tidak baik," ujarnya.

Bagi pelakon Gemersik Kalbu ini, dia bagaimanapun tidak mahu isu tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan seperjuangannya. Sementelah Iqram telah meminta maaf sejak menjalani penggambaran itu lagi. 

"Biasalah berlakon memang kena buat betul-betul, saya sendiri masih trauma dengan aksi pukul-memukul ini.

"Iyalah, beberapa kali babak tersebut dirakamkan semula kerana kurang berhasil, tetapi saya tetap berpuas hati kerana kesannya sungguh mengagumkan," katanya.

Selain itu, Ayu turut mendedahkan babak itu membuatkan anak sulungnya menangis menyaksikan ibunya diperlakukan sedemikian.

Memang dia trauma - Iqram Dinzly

Sementara itu, pelakon Iqram Dinzly, berharap perkara itu tidak berpanjangan lagi. Jelas Iqram, sebagai suami, Zaquan mempunyai hak berasa kurang senang melihat babak Ayu dipukul.

“Saya harap dia faham ia sekadar lakonan semata-mata dan saya memohon maaf sekiranya dia terasa hati dan marah apabila melihat adegan tersebut,” katanya.

Tambah pelakon berusia 33 tahun ini, dia faham mengapa pemain bola sepak itu memuat naik status yang meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter miliknya berkenaan perkara itu. Malah turut membalas komen Zaquan dengan menyatakan ia hanyalah lakonan semata-mata.

“Ketika berlakon babak akhir, saya benar-benar menjiwai watak manakala Ayu pula masih trauma dan menangis. Tetapi selepas babak itu selesai, saya segera meminta maaf kepadanya,” katanya.

Menerusi filem arahan Sharad Sharan itu, Iqram memainkan peranan sebagai Shan yang terlalu menyayangi isterinya, Zahirah (Ayu).

Shan sering memukul isterinya apabila melihat mana-mana lelaki mendekatinya.

Kredit
Marina Sahabudin

Wednesday 10 September 2014

Penambah kebahagiaan

Kehadiran si kecil Irma Nur Naylie Redza yang kini berusia dua bulan menambahkan kebahagiaan rumah tangga pelakon yang kini aktif mengacara, Irma Hasmie bersama suami, Redza Syah Azmeer.

Naylie adalah cahaya mata kedua pasangan itu selepas mereka dikurniakan anak sulung, Redza Syah Irfhan yang kini berusia setahun enam bulan.

Irma Hasmie yang masih bercuti daripada mengacara bersama keluarga mentuanya mengadakan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat menyambut kelahiran cucu baru mereka itu, baru-baru ini.

Menurut Irma, dia yang menjaga sendiri anaknya bergilir dengan Redza sedang menyesuaikan diri untuk menjaga kedua-dua anaknya.



 IRMA Nur Naylie kini berusia dua bulan.

“Ada cadangan untuk mengambil pembantu rumah, tetapi sukar nak dapat yang boleh dipercayai selain bayaran yang sangat mahal. Dua minggu lagi saya akan mula bekerja maka terpaksalah saya dan suami bergilir menjaga mereka.


“Mujur saya mengacarakan program Assalamualaikum di TV AlHijrah dua atau tiga kali seminggu. Waktu selebihnya bolehlah saya luangkan bersama anak-anak.

“Lagipun saya tidak mahu terlepas melihat mereka membesar di depan saya setiap hari. Irfhan sudah berjalan dan nak cuba ­semua perkara. Saya juga ­berazam untuk menjalankan tanggung­jawab saya sebagai ibu dengan sebaik mungkin kerana ia adalah amanah daripada Allah SWT dan tidak mahu dipersoalkan di akhirat nanti,” katanya.

Kedua-dua anak­nya itu dilahirkan menerusi pembedahan kerana ada komplikasi.

“Ketika hamilkan ­Irfhan, air ketuban sudah pecah tetapi tiada rasa sakit nak bersalin lalu doktor menasihatkan saya menjalani pembedahan bimbang bayi lemas. Naylie pula tali pusat membelit leher dan kakinya.

“Selepas dua kali pembedahan, doktor menasihatkan saya berehat dulu selama tiga tahun sebelum menambah anak lagi,” katanya.


Jalani hidup baru

Selepas tiga tahun berhijrah, Irma menjalani fasa kehidupan yang amat membahagiakan­nya. Bukannya dia tidak rindu untuk berlakon lagi, andai kata ada watak sesuai dan di lokasi di sekitar Kuala Lumpur dia sedia menerimanya.

Irma juga menegaskan, meskipun dia mengacara di TV AlHijrah namun dia tidak terikat dengan stesen TV itu dan sedia muncul di saluran TV lain serta bercita-cita mengendalikan program sendiri terutama berkaitan dunia wanita.

“Saya tidak pernah dapat tawaran mengacara daripada stesen TV lain mungkin mereka beranggapan saya adalah ‘hak’ TV AlHijrah. Sebenarnya saya bebas bekerja dengan mana-mana stesen TV,” katanya.

Bercakap mengenai penghijrahan yang dilalui sekembalinya daripada ­mengerjakan umrah tiga tahun lalu, katanya apabila rasa nak berubah itu tiba-tiba menjelma dalam hatinya, dia tidak bertangguh untuk menyahut seruan daripada Allah SWT.

“Jangan bertangguh untuk melakukan perubahan kerana usia dan kematian tidak akan menunggu kita. Jangan beri alasan belum sampai ‘seru’ dan sebagai­nya kerana hidup kita di dunia ini hanya sementara.

“Lantaran itu dengan kesempatan yang Allah SWT beri pada saya, saya terus memanfaat­kan peluang itu dengan sebaik-baiknya kerana bimbang jika saya leka, kesempatan itu tidak akan hadir lagi.

“Kala bersendirian hati saya gundah memikirkan ibadah yang belum cukup kepada Allah SWT demi menampung keseronokan hidup sebagai anak seni yang pernah dilalui selama bertahun-tahun dulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Irma bersama Redza yang mengusahakan perniagaan pakaian Muslimah secara dalam talian jenama Debumas bercadang membuka butik kerana ramai pelanggan yang mahu melihat ‘material’ dan mencuba dulu sebelum membeli.

“Kami sedang mencari lokasi bersesuaian kerana terdapat banyak permintaan agar kami membuka butik. Ramai yang tidak puas melihatnya dalam talian kerana khuatir pakaian yang ditempah tidak sepadan dengan tubuh mereka,” katanya.

Oleh Nor Akmar Samudin

Tuesday 9 September 2014

Culik depan mata ibu

Pasir Gudang: Setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai di sini, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.

Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.

Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

  RAHAYAH mencium anaknya yang nyaris dilarikan seorang lelaki, Sabtu lalu.


“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil."

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Monday 8 September 2014

Wak Doyok mahu didik orang berfesyen

Siapa sebenarnya Wak Doyok? Mungkin itu antara persoalan yang membelenggu sesetengah orang saat melihat figura bermisai melentik ini.

Awal kemunculan, pemilik nama sebenar Tengku Muhammad Azwan Shah, 34, ini banyak dilihat di pentas peragaan mahupun menghiasi majalah fesyen.
Sejak akhir-akhir ini, Wak ­Doyok mula menjadi hos program dan menjadi model ikan komersial dan terbaru, menjayakan sitkom Small Mission Enterprise (SME) musim ketiga.

Kepelbagaian bidang diceburi itu menimbulkan tanda tanda status Wak Doyok dalam industri. Bertemu dengannya ketika majlis pra-tonton SME baru-baru ini, ikon fesyen Mods itu mengakui, lakonan mahupun pengacaraan bukan fokus utamanya.


Katanya, dia menggunakan landasan itu untuk mendidik anak muda mengenai cara berfesyen. Tambah pula itulah matlamat yang ingin dicapainya.

“Walaupun terbabit dalam bidang lain, saya tetap mahu dikenali sebagai ‘orang fesyen’. Pembabitan dalam bidang lain sekadar memenuhi permintaan dan melihat ada ruang untuk menyelit atau memperkenalkan ilmu berfesyen kepada masyarakat.

“Saya tidak menjadikan lakonan atau pengacaraan sebagai tumpuan utama. Itu cuma sampingan yang saya akan lakukan andai ia bersesuaian dengan saya.

“Kehadiran saya dalam industri hiburan bukan untuk bersaing dengan Zizan Razak mahupun Aaron Aziz,” kata pemilik jenama The Garment itu sambil ketawa.

Berkongsi cerita mengenai pe­ngalaman kali pertama berlakon, Wak Doyok mengakui lakonan lebih sukar direalisasikan berbanding mengacara program. Dia rasa bertuah kerana mendapat bantuan pengarah untuk melakonkan wataknya.

“Memang dulu saya pernah cakap tidak mahu berlakon kerana berasa diri belum bersedia. Saya tidak mahu apabila berlakon kelihatan kaku.

“Banyak tawaran yang datang terpaksa ditolak kerana belum bersedia. Apabila tawaran ini datang, saya dalam dilema. Selepas diberi kata-kata semangat oleh pengarah, Azizi Chunk dan Fairuz Ramdan serta cadangan dari pengikut (fol­lower) di Instagram, saya yakin untuk mencuba.

“Walaupun lemah menghafal skrip, Azizi banyak membantu. Untuk ingat skrip kena ada ‘point’ untuk mencetuskan keseluruhan skrip itu.

“Dalam pengacaraan tidak terikat dengan skrip sangat. Lebih mudah kerana menggunakan ayat sendiri,” katanya.

Wak Doyok juga tidak menganggap dirinya selebriti namun pengikutnya di laman sosial Instagram mencecah lebih 300,000 setakat ini. Dia bangga kerana semakin mendapat perhatian dalam industri.

Katanya, dulu dia sering dicemuh dan dihina, malah tidak cukup kritikan di Instagram, Facebook mahupun Twitter, ada juga melakukan penghinaan secara terbuka dengan mencetak wajahnya dan menampal di dinding bangunan awam.

“Tidak dinafikan ramai mempertikaikan kehadiran saya. Ramai mencemuh dan menghina fesyen saya yang tidak sesuai dengan cuaca di Malaysia, tetapi yang melonjakkan populariti saya sebenarnya kalangan pembenci (haters).

“Dari jumlah pe­ngikut hanya 10,000, sekarang meningkat dengan mendadak. Komen pula kini ting­gal segelintir yang masih berbuat begitu.

“Selalunya apabila ada yang memberi komen negatif, saya akan memilih satu lokasi dan ajak mereka berjumpa. Sudah beberapa kali saya gunakan pendekatan seperti itu.

“Mereka memang datang. Sampai saja, mereka akan minta maaf dan katakan mereka saja buat seperti itu untuk menarik perhatian. Saya tidak peduli apa orang kata. Paling penting, semakin ramai yang dapat menerima kehadiran saya,” katanya.

Graduan kejuruteraan dari universiti di Jerman ini berkata, rasa cinta pada fesyen menjadi motivasi untuk memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia di Malaysia untuk berpakaian dengan cara betul.

“Saya merakam video untuk 12 episod mengenai tutorial cara berfesyen. Tidak salah saya berkongsi pengetahuan ini supaya menjadi manfaat kepada orang lain yang ingin bergaya tetapi tidak tahu caranya.

“Ramai mengatakan memakai sut dalam cuaca Malaysia yang panas tidak sesuai, namun tidak salah. Yang penting pemilihan material pakaian dan kesesuaian dengan aktiviti harian,” katanya.

Kredit
Oleh Ardini Sophia Sina




RGB LED Spotlight

PRODUK : HIASAN LAMPU 16 WARNA 
*TERMASUK REMOTE CONTROL!!!

HARGA : RM150.00 (30W)
HARGA : RM200.00 (50W)

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG.

BLOGSPOT : http://astinaz.blogspot.com/
WEBSITE : http://www.astinazbizonline.com.my/
INSTAGRAM : https://instagram.com/astinazandamanz/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/astinaz.andamanz
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pelaminandaman




 


Bulu Kasawari



PRODUK : BULU KASAWARI
HARGA : IKUT SAIZ

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG.

BLOGSPOT : http://astinaz.blogspot.com/
WEBSITE : http://www.astinazbizonline.com.my/
INSTAGRAM : https://instagram.com/astinazandamanz/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/astinaz.andamanz
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pelaminandaman

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI KE TALIAN:
013-252-8558 / 013-532-2558 / 013-288-2558 / 013-398-2558





























 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia