DO NOT MISS

Wednesday 21 January 2015

Caliph Buskers terus jadi sebutan


WALAUPUN sudah tiga hari Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL29) berlalu, namun nyanyian lunak pemuzik jalanan, Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta masih menjadi sebutan.
 
Tinjauan Sinar Online di laman mikro Twitter memperlihatkan ramai yang masih berkongsi rasa kagum terhadap kekuatan vokal vokalis kumpulan orang kurang upaya (OKU) itu.
 
"Dengar Romancinta versi #CaliphBuskers ni banyak kali pun, meremang bulu roma macam tu jugak. Fuhh," tulis @niaruzehcboya.
 
#CaliphBuskers menjadi trending di laman sosial itu sejak Ahad lalu.
 
Bukan hanya ramai yang memuji kehebatan vokal Azmi atau Khairul Azmi Mohd Saat, 28, malah menyifatkan persembahan itu yang paling menyentuh hati.
 
"Mojo feat #CaliphBuskers memang paling diingati," ujar @edjunaidi pula.
 
"Apabila #CaliphBuskers buat persembahan aku mesti jadi macam ni (naik bulu roma)," tulis @EryDerly92 di laman mikro Twitternya.
 
Selain Twitter, Facebook dan laman YouTube juga menyaksikan lagu nyanyian Caliph Buskers mendapat tontonan ramai.
 
Gandingan Mojo dan Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta dinobatkan persembahan terbaik pada AJL29, malam Ahad lalu.

Wartawan Sinar Harian


Post a Comment

 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia