DO NOT MISS

Sunday 11 January 2015

Cinta Zizan, Emma bertaut kembali


PELAWAK dan pengacara terkenal, Zizan Razak memuatnaik status dan gambarnya bersama pelakon Emma Maembong yang memberikan gambaran bahawa hubungan cinta mereka kembali terjalin.
"Alhamdulillah..terima kasih ALLAH..terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua..i love u sayang ‪#‎loveu‬ ‪#‎missu‬," kata Zizan di laman sosial Instagram, semalam.

Sebelum ini, hubungan Zizan-Emma dikatakan putus atas beberapa sebab tertentu.

Menurut laporan media tempatan, Emma mengakui mengambil keputusan meninggalkan Zizan kerana 'tidak tahan dengan sikap pelawak itu'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kisah cinta Zizan, Emma berakhir]

Sejak kebelakangan ini, kisah cinta pasangan ini menjadi tumpuan kerana sesetengah pihak beranggapan mereka adalah pasangan 'sweet' dan mengharapakan hubungan keduanya berakhir ke jinjang pelamin.

Wartawan Sinar Harian

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia