DO NOT MISS

Sunday 19 April 2015

Crowns Exclusive

!!!PRE ORDER/TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG!!!
HARGA : WHATSAPP
ORDER : 7-10 HARI SIAP POS

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG.

BLOGSPOT : http://astinaz.blogspot.com/
WEBSITE : http://www.astinazbizonline.com.my/
INSTAGRAM : https://instagram.com/astinazandamanz/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/astinaz.andamanz
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pelaminandaman

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI KE TALIAN:
013-252-8558 / 013-532-2558 / 013-288-2558 / 013-398-2558


































Neelofa: Saya belajar dari kesilapan


KERLIPAN bintang glamor seringkali menjadi dambaan sesetengah individu yang mengimpikan untuk menjadi selebriti popular.

Namun hakikatnya, bukan mudah untuk mengecap populariti kerana ada ketikanya andai tersalah langkah, lebih banyak kisah kontroversi yang menjengah berbanding karier seni.

Bagaimanapun ia tidak bermakna semua selebriti melalui perjalanan karier seni yang sempurna. Malah bagi anak gadis kelahiran Cik Siti Wan Kembang ini, jika dia mampu memutar waktu ke belakang, ingin sekali dia menyunting kisah lalu agar kisahnya pada masa hadapan diketahui seenak mungkin.

Bagaimanapun itulah namanya manusia. Biarpun kehidupan sudah berubah 360 darjah, namun kisah lalu tetap diungkit dan dijadikan bahan sensasi. Jika dahulu mungkin menerusi ruangan gosip, tapi kini oleh sesetengah yang menggelarkan diri mereka peminat.

Buktinya dalam masa singkat, Neelofa terpaksa berhadapan dua isu yang menjadi pertikaian ramai, pertama kerana  tindakannya tidak menghulurkan tangan untuk bersalam dengan pengurus, namun menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Micheal Ang pada sebuah majlis anugerah baru-baru ini.

Kedua gadis kacukan Melayu-Pakistan ini berhadapan dengan sesetengah pengikut di laman sosial Instagram miliknya yang mempersoalkan tindakannya berkongsi gambar tidak bertudung, baru-baru ini.

“Mengenai isu bersalaman, saya bukan berpura-pura menjadi Muslimah yang baik. Cuma pengalaman lalu menjadikan saya lebih berhati-hati.

Bagaimanapun ketika bersalaman dengan Micheal, ia berlaku secara spontan dan saya mohon maaf kalau reaksi itu buat peminat saya pandang serong dengan imej saya yang berhijab.

“Namun hikmah di sebalik insiden itu, ramai lelaki bukan muhrim yang bertemu dengan saya tidak menghulurkan tangan untuk bersalaman,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu gambar tidak bertudung dalam filem terbaharu, Pilot Cafe, pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor memohon agar gambar penampilannya tidak terus dipandang negatif oleh masyarakat.

“Bila saya berkongsi poster filem ini di Instagram, ramai yang menegur kenapa saya muat naik gambar yang tidak bertudung?

“Pertama, filem ini telah dihasilkan dua tahun lalu iaitu pada 2013. Kedua, benda ni melibatkan banyak pihak. Ketiga, saya bersyukur kerana filem ini keluar sekarang dan orang boleh tengok saya dari dua sisi berbeza.

“Dua tahun lalu, saya seorang yang lain dan sekarang orang nampak saya menerusi sisi lebih berbeza. Pendek kata sesiapa saja mampu berubah, pada bila-bila masa.

“Kalau boleh saya memang mahu lakukan banyak suntingan dalam babak melibatkan saya, tetapi itu tidak mungkin dapat dilakukan,” katanya pada majlis pra-tonton filem arahan Osman Ali yang ditayangkan selepas dirinya kini tampil dengan imej berhijab.

Memegang watak sebagai pramugari bernama Sharmila, seorang gadis malang yang hamil anak luar nikah, Neelofa berkata, biarpun ada yang mempersoalkan mengapa dia menerima watak berkenaan, namun bagi empunya diri, dia mendapat banyak pengajaran menerusi karakter tersebut yang memberikan kesan mendalam terhadap dirinya.

“Ada juga bertanyakan tindakan saya terima watak gadis hamil anak luar nikah. Tetapi pada saya, pada realiti kita sendiri pun tahu perkara sebegini banyak berlaku di kalangan masyarakat.

“Justeru, bagi saya, filem ini memberi pengajaran kepada masyarakat terutama pada wanita lebih muda mahupun seusia dengan saya bahawa jika kita terjebak dengan perbuatan itu, kita akan tanggung akibatnya.

“Saya banyak belajar daripada karakter Sharmila iaitu, kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, tetapi kita belajar dari kesilapan itu dan teruskan hidup dengan membuka lembaran baru. Bukan dengan asyik terus menyalahkan diri.

“Karakter itu juga mengajar saya berani berdepan kesilapan, berdikari, memberi peluang pada diri sendiri, memaafkan orang lain dan meneruskan hidup,” jelasnya.

Berkongsi pengalaman berlakon dalam filem itu, Neelofa mengakui agak gementar dengan harapan tinggi yang diletakkan dibahunya untuk mempotretkan watak Sharmila.

“Saya akui agak gementar kerana karakter kali ini berat dan pihak penerbit dan kru produksi meletakkan harapan tinggi. Jadi, saya tak mahulah jadi penyebab kepada hasil yang tidak baik.

“Namun sebelum masuk ke set, saya bersama barisan pelakon lain diberikan latihan secukupnya oleh Ellie Suriati, sehinggakan saya dapat menjiwai watak Sharmila dan ada ketika tidak perlu membawa skrip ke set penggambaran,” ujarnya.

Pilot Cafe turut dibintangi barisan pelakon Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak, Aishah Ilyas, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi. Filem terbitan Asto Shaw dan Tarantella Pictures ini  ditayangkan di seluruh pawagam mulai 30 April ini.


Kembali berlakon

Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, selepas dua tahun sibuk dengan dunia pengacaraan, wanita berusia 26 tahun ini memberitahu akan kembali berlakonan.

“Alhamdulillah perniagaan saya semakin stabil, jadi saya rasa sekarang waktu paling sesuai kembali aktif berlakon dan saya akan memasuki set penggambaran telefilem berjudul Rindu Tiada Bertepi tidak lama lagi.

“Saya cukup teruja untuk kembali ke set penggambaran kerana sudah dua tahun tidak berbuat demikian dan memang rindu hendak berlakon. Selain drama berkenaan saya juga ada terima tawaran lain dan sedang mempertimbangkannya,” katanya yang membuka butik sendiri untuk memasarkan produk perniagaan seperti Naelofar Abaya (jubah), Lofalens (kanta lekap) dan Naelofar Hijab (tudung).

AQMAR MUSTAZA, FOTO: SHARIFUDIN ABD RAHIM




Wednesday 8 April 2015

Lampu Tiang Walkway

PRODUK : LAMPU TIANG WALKWAY

DIBUKA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG.

BLOGSPOT : http://astinaz.blogspot.com/
WEBSITE : http://www.astinazbizonline.com.my/
INSTAGRAM : https://instagram.com/astinazandamanz/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/astinaz.andamanz
FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/pelaminandaman

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI KE TALIAN:
013-252-8558 / 013-532-2558 / 013-288-2558 / 013-398-2558



















 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia