DO NOT MISS

Friday 16 January 2015

Siti sumbang RM310,000 barangan keperluan


KUALA LUMPUR - Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin semalam menyerahkan sumbangan barang-barang keperluan bernilai RM310,000 untuk mangsa banjir di Terengganu.
Siti Nurhaliza berkata, keputusannya untuk membantu mangsa banjir ini adalah tindakan yang tepat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada 11 Januari lalu.

“Alhamdulillah beberapa individu tampil memberi hadiah kepada saya untuk disumbangkan dan jumlah keseluruhan kami berjaya kumpul ialah sebanyak RM310,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir," katanyanya.

Beliau yang juga Pengarah Yayasan Nurjiwa dan suaminya, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa turut menyumbang sebanyak RM50,000 untuk tujuan itu.

Siti Nurhaliza berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Syabas selepas menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan diri seperti sejadah, telekung, kain pelikat dan al-Quran.

Misi bantuan ini mendapat kerjasama Rejimen Pakar Pengendalian Air Ke-60 RAJD (Askar Wataniah - AW) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Beliau turut berharap barang-barang keperluan tersebut dapat meringkan beban mangsa banjir dan membantu mereka membina semula kehidupan.

Puncak Niaga  turut memberi sumbangan barangan mandian untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang akan dilakukan RAJD.

Kredit

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia