DO NOT MISS

Monday 1 December 2014

Sofia Arissa Jadi Keutamaan Liyana Jasmay


Pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay mengakui kehadiran cahaya mata sulungnya, Sofia Arissa banyak mengubah kehidupannya. Malah, Nana kini sedang melalui fasa bahagia sebagai seorang ibu.
 
"Apabila Sofia lahir, saya tahu mana yang menjadi keutamaan dan perlu didahulukan. Dia adalah segala-galanya bagi saya buat masa ini dan apa sahaja yang saya lakukan adalah untuk dia. 
 
"Saya selesa, gembira dan sangat bahagia sehinggakan kadang-kadang saya rasa malas sangat untuk keluar bekerja dan tidak boleh meninggalkan Sofia di rumah. Saya rasa seolah-olah segalanya sudah sempurna. Suami dan anak adalah keutamaan saya sekarang," ujar Nana yang akan muncul dengan filem terbaru 'Isyarat Cinta' pada awal tahun depan. 
 
Kepada peminat setia Liyana Jasmay yang ingin mengetahui kisah menarik kehidupannya selepas bergelar ibu, jangan lupa dapatkan Media Hiburan terbaru (29 November - 6 Disember) di pasaran sekarang! 

Editorial MH

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia