DO NOT MISS

Monday 1 December 2014

Manisnya Cinta Di Cappadoccia





SELEPAS disatukan menerusi drama Kisah Cinta tahun lalu, Shaheizy Sam dan Fazura sekali lagi digandingkan menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Diarahkan oleh Bernard Chauly yang sebelum ini cemerlang dalam pengarahannya menerusi Istanbul Aku Datang, Gol dan Gincu dan Pisau Cukur, tentunya Manisnya Cinta Di Cappadoccia perlu menjadi filem wajib tonton anda pada 11 Disember ini.

Menariknya filem yang diadaptasi dari novel karya Anis Ayuni, Manisnya Cinta, terbitan Alaf21 ini, menampilkan sinematografi yang cukup mengagumkan lebih-lebih lagi melibatkan penggambaran di Cappadoccia, Turki.

Pendek kata, bagi anda yang pernah menonton Istanbul Aku Datang, anda pasti dapat membayangkan hasil kerja Bernard menerusi sudut sinematografinya.

Dalam pada itu, bercerita lanjut mengenai watak di dalam filem ini, Fazura yang memegang watak sebagai Ifti Liyana, seorang wanita berkerjaya yang sentiasa ceria dalam hidup dan persahabatan selain memiliki sifat keibuan sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam
mencari kebahagiaan, mendedahkan watak Ifti sama dengan dirinya kini.

Mengakui mengalirkan air mata ketika menonton lakonannya dalam filem tersebut terutama membabitkan babak putus cinta, Fazura berkata, tidak sukar untuk dia menginterpretasikan babak tersebut.

"Saya tidak berdepan banyak cabaran sepanjang menjadi Ifti iaitu seorang gadis berkerjaya yang mencari cinta dan bersifat keibuan.

“Kematangan Ifti sama seperti mana diri saya sekarang seorang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai.

“Dalam babak putus cinta, sewaktu interpretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman sebenar sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut,” katanya.
Sam berdebar

Berkongsi pengalaman berlakon di samping Fazura, Sam berkata, babak yang paling sukar untuk dilakukan adalah ketika di melamar Fazura.

"Saya nak pandang mata dia pun susah, apatah lagi bila perlu melamar dan merenung mata dia. Pada babak tersebut, memang agak mencabar kerana saya perlu duduk melutut lebih kurang 20 minit kerana perlu menunggu matahari terbenam.

"Kemudian dalam masa yang sama, cuaca agak sejuk dan dialog juga sukar untuk diungkapkan. Sebaik pengarah kata 'cut' (berhenti), saya terus berlari kepada Bernard dan tanya sama ada ok atau tidak lakonan saya.

"Bila Bernard kata ok, saya percaya pada pandangannya dan Alhamdulillah kerana untuk babak terbabit dibuat hanya sekali sahaja," katanya kepada media usai tayangan filem berkenaan di Pavilion, baru-baru ini.

Filem terbitan bersama Astro Shaw, Redfilms dan Global Stations itu mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Ifti Liyana (Fazura) yang tidak pernah mengharapkan kasih sayang daripada seorang lelaki.

Pertemuan Ifti dengan Nazmi (Sam) telah membuatkan hatinya terbuka semula untuk berkasih apatah lagi Nazmi turut yakin, Ifti adalah wanita yang dicari-carinya selama ini untuk dijadikan isteri.

Namun, bila kasih mula membara, bahangnya mulai terasa. Ifti Liyana nekad meninggalkan Nazmi tanpa penjelasan. Apakah kesudahan cinta Ifti dan Nazmi? Saksikan filem ini di pawagam nanti.

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Astinaz Aksesoriz Andamanz . Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia