KONFLIK yang melanda antara penyanyi tempatan, Shila Amzah dengan tidak akan berakhir begitu sahaja.
Saat pihak media bertubi-tubi ‘menyerbu’ menuntut penjelasan terhadap kenyataan Shila yang dikatakan membidas media berbahasa Melayu kerana tidak membuat liputan ke atas konsertnya yang berlangsung di Jalan Klang Lama baru-baru ini, pihak
Shila pula memilih langkah kiri dengan mengelak dari sebarang soalan yang diajukan berkaitan dengan isu tersebut.
Memetik daripada sebuah laporan portal tempatan, bapa penyanyi kontroversi itu memaklumkan yang pihak mereka tidak bersedia untuk memberikan kenyataan berhubung isu tersebut.

Menurut, bapanya, ND Lala sekarang adalah masa yang kurang sesuai
kerana pihaknya sibuk dengan rakaman album berbahasa Mandarin di
Beijing, China.
“Saya tengah cari tarikh terdekat untuk balik Malaysia dan memenuhi
permintaan rakan media untuk mendapat maklum balas. Jumpa nanti,”
katanya.
Rasanya memang sudah sampai masa untuk Shila mengeluarkan kenyataan
sendiri berhubung isu tiada jemputan media berbahasa Melayu ke konsert
penyanyi itu baru-baru ini kerana selama ini pun kenyataan yang keluar
semuanya datang dari kelab peminat.
Riuh seketika dunia hiburan
tempatan apabila Shila berkongsi sebuah status dimuat naik oleh
pemilik laman Instagram @shilaamzah_photography yang mana dikendalikan
oleh kelba peminatnya dan kemudiannya dimuat naik semula ke laman
Instagram milik Shila sendiri.
Pemilik laman @shilaamzah_photography sekali lagi menimbulkan
pergolakan antara media dan Shila apabila dia memuat naik gambar terbaru
yang menunjukkan bukti dan senarai antara media yang hadir membuat
liputan pada malam konsert terbabit.
“Ramai (media) yang kata tiada undangan dari pihak Shila. Jadi di sini,
kami berjaya dapatkan tandatangan media yang hadir pada malam itu.
Jadi, anda nilailah sendiri,” katanya seperti yang dipetik melalui laman
Instagram tersebut.
Paparan tersebut kemudiannya turut dikongsikan melalui dua akaun Twitter @Shilaamzah dan @realSHILALAS yang masing-masingnya diikuti oleh 868,000 dan 17,000 pengikut laman Twitter.
Wartawan Sinar Harian
Post a Comment