Tidak mahu berselindung mengenai perasaannya terhadap Taufik Batisah, Fazura mengakui bahawa dia memang suka berkawan dengan penyanyi tersebut.
Malah, Fazura juga menyatakan dia cukup selesa menjalinkan hubungan
dengan penyanyi itu sambil menyifatkan Taufik seorang lelaki yang bijak.
Namun, Fazura menjelaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar kenalan
rapat.
“Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi
hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun
sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing.
“Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu
kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan
dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak,”
katanya.
Selain itu, setiap kali Fazura memuat naik gambarnya bersama Taufik
di Instagram, sering kali peminat mengatakan mereka memang sepadan
berdua. Apa-apa pun, kita tunggu apakah akan ada episod sambungan
mengenai hubungan mereka yang bermula sebagai kenalan rapat ini.
Kredit
RTKY Staff
RTKY Staff
Post a Comment