Pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay mengakui kehadiran cahaya mata
sulungnya, Sofia Arissa banyak mengubah kehidupannya. Malah, Nana kini
sedang melalui fasa bahagia sebagai seorang ibu.
"Apabila Sofia lahir, saya tahu mana yang menjadi keutamaan dan perlu
didahulukan. Dia adalah segala-galanya bagi saya buat masa ini dan apa
sahaja yang saya lakukan adalah untuk dia.
"Saya selesa, gembira dan sangat bahagia sehinggakan kadang-kadang saya
rasa malas sangat untuk keluar bekerja dan tidak boleh meninggalkan
Sofia di rumah. Saya rasa seolah-olah segalanya sudah sempurna. Suami
dan anak adalah keutamaan saya sekarang," ujar Nana yang akan muncul
dengan filem terbaru 'Isyarat Cinta' pada awal tahun depan.
Kepada peminat setia Liyana Jasmay yang ingin mengetahui kisah menarik
kehidupannya selepas bergelar ibu, jangan lupa dapatkan Media Hiburan
terbaru (29 November - 6 Disember) di pasaran sekarang!
Post a Comment